Welcome |
Author Credits
Basecode By : AskarrPink Cursor : Drikoti.net Pictures : We Heart It Color : Color Codes Love story :')
Sunday, January 1, 2012 | 5:33 AM | 0 comment(s)
Assalamualaikum pembuka bicara, Kejujuran penting dalam bercinta, Segala ini tidak pernah ku pinta, Namun aku berserah hanya pada yg Esa. Hari itu hujan, akhir bulan september, penghujung ramadhan. Bunyi deruman enjin lori kedengaran kuat. Kehadiran lori-lori mengangkut barang memecah keheningan dan kesunyian tatkala hujan lebat mula gerimis. Persoalan "Siapa yang pindah tu?" mula bermain di minda seorang gadis sunti bernama Siti Amirah . Keriuhan para pekerja memunggah barang menarik lagi perhatian Mira. Rasa ingin tahu tentang "Siapakah tuan rumah baru tu?" mula meninggi dalam fikiran Mira. Namun, hujan turun lebat semula, akhirnya Mira mengalah, lalu masuk semula ke dalam rumah. Azan maghrib mula berkumandang, waktu untuk berbuka, dan hujan semakin lebat. Kehidupan yang baru dirumah baru bermula untuk keluarga Encik Azri . Bagi anak lelakinya, Amir , perkara itu sudah menjadi biasa. Keluarganya kerap berpindah randah kerana Encik Azri seorang pegawai kerajaan. Hari raya menjelang tiba, namun Encik Azri sekeluarga tidak beraya dirumah baru mereka tetapi dikampung sebaliknya. Mira pula ke rumah saudaranya, jadi kesempatan untuk melihat jiran barunya terlepas. Hari raya aidilfitri sudah seminggu berlalu. Encik Azri sekeluarga sudah pun pulang ke rumah mereka. Petang itu, cuaca sangat elok. Sedang Amir dan adiknya Min bermain badminton, Mira keluar ke rumah saudaranya yang hanya bersebelahan dengan rumahnya bersama neneknya. Pada saat itulah, buat kali pertama Amir melihat Mira dan begitu juga dengan Mira . Amir terleka seketika dan tersentak apabila disergah Min. Mulai saat itu, perasaan ingin berkenalan antara satu sama lain diantara Amir dan Mira mula tumbuh dalam hati masing-masing. Minggu berlalu. Perkenalan antara mereka masih lagi tidak dapat dilakukan. Perasaan malu dan segan bermain-main dilubuk hati mereka. Akhirnya, pada satu hari, Amar, sepupu rapat kepada Amir, memberitahunya di Facebook. "Ada perempuan ni, dia kata dia kenal kau. Dia tgk gmbr kita yang dekat hotel tu, lpstu dia comment, dia kata dia kenal kau! And dia kata kau jiran dia. Untung laaa," itu lah yang diberitahu Amar. Kemusykilan hadir dalam pemikiran Amir, "Siapa perempun tu?". Amir tanpa berlengah terus mencari siapa perempuan itu, yang mengaku mengenali dirinya. Alangkah terkejutnya Amir apabila mengetahui perempuan yng disebutkan Amar sebelum ini ialah Amira. Peluang ini terus digapai, dia tidak mahu terlepas peluang ini. Disinilah segalanya bermula. Petanda sudah dihantar, kini Amir dan Mira telah berkawan di Facebook. "Assalamualaikum", itulah perkataan pertama yang disebutkan. Mulai detik itu, perbualan dan hubungan mereka semakin erat. Akan tetapi, walaupun perasaan gembira jelas kelihatan dari raut wajah Amir, namun apa yang dia tidak sedar Mira sudah berpunya. Amir sama sekali tidak perasan akan status Mira di Facebook tertera 'In Relationship' dengan seorang lelaki bernama Munir. Hal ini amat mengecewakan Amir. Ketika itu tiada apa yang Amir boleh lakukan. Hanya bersabar dan berharap. Hubungan mereka semakin mengekang, tidak lagi seperti dulu. Keakraban mereka hanya sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Dalam suasana kelam dan hampa, Amir mencuba sedaya upaya untuk kembali mesra bersama Mira. Tetapi, tanpa diketahui punca dan sebabnya, Mira tidak lagi seperti dulu, dia meminggirkan Amir kerana takut diketahui kekasihnya, mungkin. Segalanya telah berubah. "Saya minta tolong, jangan ganggu saya lagi," itulah yang dikatakan oleh Mira. Sebagai insan yang lemah, Amir hanya mampu mengikuti kehendaknya. Tiada bantahan tiada bangkangan. Hari demi hari berlalu. Hubungan antara mereka bagaikan tanah ditebing pantai, dipukul ombak, semakin terhakis. Hari itu cuaca diramalkan panas sehingga ke petang. Amir yang baru pulang dari kedai melintas di hadapan rumah Mira. Secara kebetulan, Mira ada dihadapan rumah, sedang menyidai kain di ampaian. Tatkala Amir melintas, Mira terus masuk ke rumah. Amir berjalan kehairanan. Namun dia tahu, Mira sememangnya sudah membenci dirinya, tanpa sebab yang dia sendiri tidak tahu. Angin panas meniup kawasan perumahan Amir. Mentari memancarkan cahaya seakan-akan Tuhan memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Selesai solat Zuhur, Amir ke perpustakaan awam. "Facebook" kegilaan semua orang, tanpa mengira umur. #POP (Mira) Amir terdiam, bingung dan terkejut. Buat kali pertama, setelah sekian lama, setelah berbulan lamanya, Mira tiba-tiba menegurnya di Facebook, melalui chat. "Assalamualaikum". Itulah perkataan yang penuh keberkatan. Sepanjang perbualan itu, macam-macam telah dibualkan, banyak perkara telah dikatakan, dan banyak juga kemaafan diberikan antara mereka. Akhirnya, Amir tunduk mengalah, dia tidak tahan lagi untuk menyimpan perasaan yang selama ini dipendam. Amir meluahkan perasaannya, yang dia rindu akan Mira. Namun hanya Tuhan sahaja yang tahu. Agak terkejut, namun Mira mengerti akan apa yang dibicarakan Amir. Sebenarnya, Mira sedang berada dalam kemelut dengan kekasihnya. Ada sesuatu yang tidak kene. Hubungan Mira dengan kekasihnya terumbang-ambing bagaikan sampai dipukul ombak,.terhanyut ditengah lautan. Kehadiran Amir sebagai seorang kawan amat dirasakan Mira. Kesetiaan Amir terhadap Mira amat utuh dan tidak pernah luntur. Malah, dia akan sentiasa ada untuk Mira, bila-bila masa diperlukan. Segala masalah diceritakan Amir bagaikan tempat mengadu bagi Mira. Hubungan mereka semakin pulih. Dengan Amir, Mira umpama mendapat semangat untuk meneruskan kehidupan. Amir umpama cahaya pelita yang menerangi kegelapan bagi Mira. Hubungan antara Amir dan Mira sudah semakin serius. Kata-kata Amir kadangkala mengubati hati Mira, ketika Mira dalam kesusahan bersama kekasihnya. Walaupun Mira masih lagi bersama si dia, Amir tetap menunggu. Dia tahu, suatu hari nanti Mira akan menjadi miliknya. Amir tidak pernah bosan menunggu, tidak pernah putus asa. Akhirnya, pada bulan Oktober, hubungan Mira dengan si dia betul-betul di ambang kemusnahan. "Sikap ego dan angkuh tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah, lupakan dia," nasihat Amir kepada Mira. Dan, pada malam itu, buat julung kalinya, Amir menyentuh Mira. Tangannya dipegang lembut dan kuat. Angin sepoi-sepoi membuatkan suasana bertambah manis. Saat itu, Mira sedang menangis, akibat daripada pergaduhan dengan si dia . Malam itu sungguh indah, antara masa yang tidak dapat dilupakan Amir. Amir yakin, kali ini dia pasti akan memiliki Mira. Hari demi hari berlalu, dalam kesibukan harian, Amir tidak berkesempatan untuk berhubung dengan Mira. Kerisauan menghantui diri. Akan tetapi, keyakinan untuk memiliki Mira semakin memuncak. Ini kerana, Mira pernah berkata, dia akan cuba untuk melupakan kekasihnya. Setelah sekian lama tidak berhubung, segalanya berubah. Dengan sekelip mata, Mira telah kembali bersama kekasihnya. Hubungan mereka umpama jauh lebih baik dari dulu. Facebook. Ada satu gambar. Gambar itu, bagaikan menghancurkan hati Amir kepada kepingan-kepingan kecil, bagaikan kaca yang jatuh berderai. Gambar itu, bagaikan membunuh Amir. Amir bagaikan ditanam hidup-hidup. Amir merasakan bagai bernafas dalam air, bagaikan ditikam dihati Segala-galanya telah hancur, lebur. 2bulan kemudian, Amir menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Indonesia. Tiba waktu, tidak sesaat pun dapat dilambatkan mahupun dicepatkan. Hidupnya bagai kosong. Namun, dia gembira kerana pernah mendapat peluang untuk bersama si dia, menjadi teman.di waktu susah, menjadi segalanya yang boleh menyenangkan si dia, Siti Amira . Walaupun hanya seketika, setiap detik bersama dia, amat dihargai dan akan diingati. Akhirnya, Amir melepaskan nafas terakhir dihadapan kaum keluarganya. Kematian dia disahkan akibat kecing manis. Sekian, assalamualaikum. |